Wednesday, December 24, 2008

++ Perpisahan Terasing++

~Perpisahan~

Sahabat... kelmarin kita bergurau manja,
Gelak tawa mengiringi semalam...
Dan... hari ini menjadi saksi...
Kita terpaksa berpisah.

Usikkan manja menjadi igauan,
Gelak tawa bagaikan masih didengari,
Kini... kenangan semalam terus mengusik mimpi...

Duhai sahabat.... Jika ada dendam yang terpendam....
Luahkanlah...
Jika ada benci yang menyelubungi diri...
Elakkanlah...
Jika ada kasih dan sayang...
Taburkanlah bagai sinar mentari.

Perpisahan ini mengajar kita...
Erti kasih sayang yang sebenar,
Memupuk erti kesabaran,
Menyemai kekuatan dalam diri,
Itulah yang terpaksa kita hadapi.

Sahabat...
Doa perpisahan ini...
Agar kau tabah menghadapi liku² hidup,
Perpisahan bukan kerana dendam,
Bukan kerana benci...
Tetapi... kerana kasih sayang...

Duhai sang angin...
Khabarkanlah melalui sang bayu,
Bahawa...
Mereka adalah sahabat yang paling...
Aku sayangi...
Kenangan semalam kuabadikan selamanya...

*Car-Point Centre*

24 Disember 2008 / Rabu

At Car-Point Centre, Taman Melati..
Mari kita lihat, apa yang berlaku..

1. Spark Plug - rm20
2. Engine Oil - rm45
3. Oil Filter - rm14
4. Air Filter - rm16
5. 1 set Timing Belt - rm185
6. Aircond Belt + Fan Belt - rm45
7. Wiper - rm25
8. Kepala Bateri - rm10
9. BG Carbon - rm140

so, totalnya rm500 maa..waaaaa
apa2 pun, xpe la asal kancil wa boleh jalan & safe untuk wa & anak wa naiki..
sekian.

Tuesday, December 23, 2008

@ Puan Ros Wedding @


Wah, congrate tu my ex-roomate yang dah melangsungkan majlis perkahwinan pada 6 Disember lepas..masih belum terlambat untuk kita wish 'selamat pengantin baru' untuk Ros & Wan..

Act, kita x sempat pegi kenduri kat Pasir Puteh..sebabnya dorang buat kenduri tu 2 hari sebelum Raya Haji..
kita pulak balik Kelantan malam raya, mana sempat nak g..

So, kita plan with my best ex-housemate, ~mamatini~ untuk pegi kenduri sebelah lelaki kat Jengka, tup2 sampai jugak kitaorang ke Felda Jengka 17..

Last, kita nak wish to my ex-roomate..semoga kekal, bahagia hingga ke akhir hayat..semoga Puan Ros dapat blaja memasak & harap2 masak yang sedap2 untuk abang tercinta..ahaks..

*Alahai Nasi Dagang*


Hari Sabtu lepas kita baru blaja buat nasi dagang + gulai ikan aye..anak2 buah ada kat rumah, sebab tu rajin masak tu..opps, tapi kita memang suka masak ek..


Petang Jumaat tu dah beli santan, kiranya yang tu untuk masak gulai ikan aye..terlupa nak beli untuk masak nasi dagang..eee ada ke?..pagi Sabtu tu terpaksa la keluar pegi kedai beli santan laks..


mm..act, nasi dagang kita tu kurang menjadi la..x cukup lembut, mungkin beras tu direndam x lama sangat kot..so, kita segan la nak bagi kat jiran2, nak ajak kawan2 makan..makan la anak beranak nasi dagang tu 2 hari 2 malam..ahaks..

Insyaallah, kalu diizin kita nak blaja lagi buat nasi dagang tu..nak buat sampai betul2 jadi, baru la best, bleh ajak kawan2 datang makan..opps, gulai ikan aye kita rasa cam jadi, tp x tau la kalau orang lain rasa..haha..